
Dipetik dari Berita Harian. 8 Jun 2026
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut, manakala abangnya berusia 10 tahun kritikal selepas masing-masing terjatuh dari sebuah blok di Pangsapuri Dwi Aliff Avenue, dekat Tampoi pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi dengan kedua-dua mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kompleks kediaman itu ke aras bawah berhampiran kawasan kolam renang pangsapuri.
Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah dialami, sementara abangnya dilapor masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Seorang kanak-kanak maut dalam kejadian itu dan kes masih dalam siasatan,” katanya ringkas.

Sementara itu beberapa penduduk turut berkongsi mengenai kejadian itu di media sosial, termasuk mendakwa terdengar bunyi kuat seperti benda terjatuh ketika sedang berehat di tepi kolam renang yang terletak di tingkat tujuh bangunan kediaman itu.
“Saya dan suami menjadi saksi kejadian, ketika itu kami baharu buka paip tepi kolam mahu basahkan badan sebelum mandi kolam, sekali terdengar bunyi ‘pammm’,” kata wanita dikenali Irainany di laman Instagram.
Tambahnya, selepas dikejutkan bunyi itu dia dan suami menyedari seorang kanak-kanak perempuan terjatuh.
“Tak boleh lupa betapa cemasnya kami masa tu, lepas itu ramai jiran yang ke lokasi.
“Ketika itu suami serahkan bayi kepada saya dan terus menuju ke lokasi kanak-kanak itu terjatuh,” katanya.
Menurutnya, selang seminit terdengar pula bunyi kuat dan seorang budak lelaki pula disedari terjatuh.
“Suami kemudian menghubungi ambulans dan meminta bantuan jiran-jiran lain,” katanya.
Peringatan bagi ibu bapa yang tinggal di apartment/flat/condo, grill memang wajib demi keselamatan kanak-kanak.
Pepatah “Better Safe than Sorry” artinya lebih baik selamat daripada menyesal kerana apabila melibatkan keselamatan anak – lebih baik berlebihan daripada terlewat.
Hubungi kami di wa.me/60182072120 atau https://www.tiktok.com/@klig.safety



