Penerangan Keselamatan Reka Produk Gril Keselamatan KLIG

Penerangan Bomba KLIH

Sejak kebelakangan ini, ramai yang tanya KLIG mengenai pendirian pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terhadap produk keselamatan gril KLIG (KLIG’s Invisible Safety Grille).

Kami sebenarnya telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 di alamat Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk mendemonstrasi produk kita kepada pegawai bomba di Jabatan Perakuan Bahan. Tujuan demonstrasi kita adalah untuk mendapat jaminan serta nasihat daripada mereka dari segi keselamatan produk kita.

Penerangan Bomba KLIH

Pihak bomba menjelaskan bahawa gril keselamatan KLIG tidak melanggar sebarang risiko yang boleh menggugat keselamatan awam atas tiga faktor berikut;

  1. Bahan asas gril keselamatan KLIG terdiri daripada dua bahan utama iaitu, keluli tahan karat dan aluminium. Kedua-dua bahan tersebut adalah bahan logam yang nyata sekali tidak mudah terbakar;
  2. Gril keselamatan KLIG terdiri daripada gril dawai keluli tahan karat, 2mm diameter yang senang dipotong oleh pihak bomba sekiranya berlaku kecemasan di mana pihak Bomba
    hanya perlu meemotong dawai gril keselamatan tersebut untuk menyelamatkan orang di dalam rumah. Struktur dawai yang hanya 2mm tebal adalah ketebalan yang jauh lebih rendah berbanding dengan gril besi biasa; Bahan mudah bakar pembinaan adalah antara kategori
    yang tertakluk di bawah kawalan pihak Bomba.
  3. Gril keselamatan KLIG yang terdiri daripada dawai 2mm tebal, dengan jarak bersebelahan 2 inci dari dawai ke dawai, tidak akan menyebabkan keadaan kedap udara seperti pintu gelas balkoni atau cermin tingkap sekiranya ditutup, yang boleh menjadi punca letupan sekiranya
    pengaliran udara tersekat dan punca keracunan gas sewaktu kebakaran. Struktur binaan yang menjejas pengaliran udara adalah antara kategori yang tertakluk di bawah kawalan pihak Bomba.

Selagi produk keselamatan KLIG tidak tertakluk dalam 3 faktor-faktor tersebut, maka pihak BOMBA tidak perlu melaksanakan penelitian lanjut terhadap gril keselamatan KLIG. Pihak BOMBA hanya memesan sekiranya menpunyai keraguan mengenai kebenaran BOMBA untuk produk keselamatan gril KLIG, sila menurut Akta Malaysia Uniform-Building-by-Law 1984 (UBBL), di bawah seksyen 22 – “Encroachment on common property and other parcels”

Menurut Akta Malaysia Uniform-Building-by-Law 1984 (UBBL), di bawah seksyen 22 – “Encroachment on common property and other parcels”. Akta seksyen tersebut menyata bahawa; “A proprietor may install any safety structure or device to prevent children from harm; provided that such installation shall not encroach on any part of the common property and any locking or safety device, screen, any other device or structure shall be installed by the proprietor in a competent and proper manner and shall have an appearance that will complement the building and shall be in keeping with the appearance of the rest of the building.”


Akta seksyen di atas secara ringkas bermaksud, pemilik rumah bangunan seragam (kondominium dan pangsapuri) berhak memasang sebarang struktur keselamatan, atau peranti keselamatan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada sebarang bahaya, dengan syarat pemasangan struktur sedemikian tidak menceroboh tempat awam bangunan seragam dan apa-apa peranti pengunci atau keselamatan, skrin, apa-apa peranti atau struktur lain hendaklah dipasang oleh pemilik dengan cara yang cekap dan betul dan hendaklah mempunyai rupa yang akan melengkapkan bangunan (tidak mengubah rupa bangunan) dan hendaklah selaras dengan rupa bangunan yang lain.

Sekian sahaja penerangan daripada syarikat KLIG. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Karl Low
Pengarah KLIG PLT

Share:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us!

We have a great and friendly customer support team ready to engage and assist you. Contact us now for FREE consultation and quotation.